Followers

Thursday, May 13, 2010

.ayat makan dalam.

"u've been thru a lot of things ALONE. even tho how strong n tough u r, but sometimes u need a shoulder to lean against..."

yes, i am doing things all alone for long time. walau saya ada ramai kawan baik tetapi tetap tak sama sebab kepuasan itu masih tak mencapai tahap maksimum. saya mungkin terlepas pandang tentang ini sebab saya selalu merasakan bahawa kawan-kawan baik saya akan sentiasa ada untuk saya. tapi hakikatnya, masing-masing ada tanggungjawab lain yang lebih besar. mereka takkan sentiasa ada untuk saya sampai bila-bila. suatu masa nanti kalau mereka sudah berkeluarga, saya akan tetap sendiri kalau saya masih belum berani untuk cari 'the shoulder' and 'the back'.

ye, saya memang penakut tahap tak hengat untuk mencari lagi. saya rasa seperti mahu tunggu dan terus tunggu sahaja untuk die jatuh dari langit. boleh macam tu??! saya tak mahu mencari sebab saya penat. penat untuk jatuh hati pada orang yang salah. jadi, saya simpulkan sahaja yang saya mungkin perlu tunggu lagi sebab belum tiba masanya. oh ye, saya sedang diagnose kenapa saya masih begini. saya sedang cuba untuk mencari punca dan hikmah yang ada. mungkin juga saya masih belum cukup bersedia untuk mempunyai 'the shoulder' and 'the back', lalu Dia masih belum kurniakan sesiapa untuk saya. atau saya mungkin terlepas pandang pada mereka yang ada depan mata. sebab kadang-kadang, peluang takkan datang buat kali kedua. jadi, perlu hargai setiap apa yang kita punyai buat masa sekarang~


notaKaki: masih cuba untuk benar-benar menghargai setiap apa yang berada di depan mata =)


No comments: