Followers

Wednesday, July 28, 2010

.selfish sungguh cik jaa sebab tu Allah marah.

lately ni terngiang-ngiang comment that posted by kakak farah ;

"perkahwinan bukan satu2 nya punca kebahagiaan
Allah bagi kita sahabat
bagi kita keluarga
bagi kita kerjaya ilmu dan mcam2
mungkin sebab itu rezeki jodoh jadi lambat
takkan kita manusia jadi sempurna dapat semua?
justify tak penerangan kakak ni..kepada kenapa kita TAK DAPAT SEMUA BENDA YANG KITA NAK?"

rasa macam selfish gila sebab tak reti nak bersyukur dengan segala nikmat yang Allah dah bagi. ye, saye memang terlepas pandang sebab saya tak betul-betul bezakan antara kehendak dan keperluan. sobs. saye tak sepatutnya mintak lebih-lebih sebab DIA lebih tahu ape yang saya perlukan buat masa sekarang. macam kakak farah cakap lah kan~ DIA bagi rezeki dalam bentuk yang laen tapi saya selalu tak sedar dan tak pernah rasa cukup dengan apa yang saya ada. my bad. sobs.

tapi sejak akhir-akhir ni saya selalu tersengih memanjang bila fikirkan balik senarai kesyukuran yang patut saya syukuri. sebab terlalu banyak sebenarnya yang DIA dah bagi antara sedar atau tidak. DIA kurniakan perasaan-yang-tak-boleh-ditafsirkan untuk saya rasa terhadap rudy. sebenarnya itu dah lebih dari cukup sebab mungkin sebelum ni saya tak pernah rasa perasaan sebegitu. DIA kurniakan sahabat buat saya untuk menghadapi setiap kebarangkalian but still, i take it for granted. DIA ambil wan tapi DIA gantikan dengan sebuah keluarga-saudara yang sangat besar dan sangat baik hati. DIA bagi saya peluang untuk terus bernafas sebab DIA sayangkan saya dan sebenarnya saya perlu sangat untuk mensyukuri nikmat itu sebab saya masih berpeluang untuk perbaiki setiap yang tak betul pada diri saya.

dan bila saya muhasabah diri, saya akan rasa sangat full of love surrounded me when i'm really thankful. tapi bila saya terlalu mahukan yang tak mampu saya dapat, it will lead me into stressfull mood. haih. jadi, sile selalu bersyukur ye cik jaa walau tak semua benda yang awak nak, awak dapat. oke cik jaa?? =)

dan sebenarnya, DIA akan permudahkan segala urusan bila kita ikhlas dan redha. walau berat dan penat macma mana pun, kegembiraan dan kelegaan tetap akan wujud bila semua selesai. cantik kan perasaan bila kita betul-betul ikhlas?? bila tak merungut, tak membebel, tak berkira, redha dan fikir positif, urusan tu akan jadi sangat seronok dan indah pengakhirannya.

till then, mari terus didik hati untuk cantikkan perasaan anda sehari-hari dengan benar-benar ikhlas dan redha dengan setiap urusan mahupun ujian. merungut boleh, tapi jangan terlalu emo. membebel pun boleh tapi jangan terlalu kuat. insyaAllah, akan ada kemanisan dalam setiap urusan bila kita anggap ia sebagai ibadah dan saham kita di kemudian hari =')

hidup baik-baik semua orang!! and get a life~


notaKaki: mahu terus senyum sampai telinga untuk hari ini, esok dan seterusnya =) harap-harap mr. chef berjaya dalam misi pencarian si bunga di seberang lautan!!

2 comments:

FARAHNYEMAHMULYA said...

amboi satu hari send dua postkah..
hahah ayat kakak farah itu ayat pujuk hati sendiri
dalam pujuk hati org lain
kadang2
kita juga menjinakkan hati sendiri

cik jaa said...

sementara ada kesempatan kakak farah~ nanti kalau dah sibuk, besawang lah blog ini. tulis kejap,teringat ade benda laen nak kena buat. sudahnya, entry tu terperam la sebulan dua. haih -.-''