Followers

Monday, August 2, 2010

.sile berusaha ye!!.

susahkan bila anda terpaksa masuk dalam kelompok keluarga yang kurang menyenangi penyertaan anda ='( bukanlah jadi pada saya tapi pada saudara sebelah mama. kalau dilihat dari luaran, memang semua nampak bersetuju dengan perkahwinan tersebut tapi sebenarnya masih ada aura tak puas hati yang dalam diam membakar amarah. jadi, kadangkala mulut lancar menuturkan perkara yang bisa merobek hati kecil seorang perempuan yang selayaknya diangkat martabat beliau sebagai ibu - walau bukan ibu secara biologinya.

bukan perkara mudah sebenarnya bila berkahwin. anda berkahwin dengan keseluruhan ahli keluarga tersebut termasuk lah sanak-saudara yang wujud. jadi, anda pelu bersedia untuk sama ada diterima secara keseluruhannya atau diterima hanya atas kertas sahaja. perlu juga untuk bersedia dikritik hebat tatkala berkumpul ramai-ramai. juga perlu kuatkan hati untuk menahan sindiran yang datang secara langsung atau tidak. ouh, tak lupa juga anda perlu pakai topeng yang tidak berperasaan supaya tak nampak sangat lah yang anda panas hati bila disindir atau diperli -.-''

saya harap, saya takkan tempuh ujian sehebat yang itu sebab saya tak cukup kuat hati nak menahan perit sindiran dan perlian mereka yang selayaknya digelar ahli keluarga. harap-harap si ibu tua di kampung tu dapat bertahan hingga hujung usia...ameen =)


notaKaki:saya masih senyum sampai ke telinga =')

No comments: