pagi ini sang rindu datang bertamu.
ya, rindu pada dia yang masih kuat di hati.
dia yang masih disayang pada setiap denyut nadi.
dia yang masih segar dalam setiap salur arteri.
dia yang masih diharap untuk menemani seumur hidup sampai mati.
pernah diri lelah mahu mengalah.
kerna akal dan hati tidak pernah sehala.
serasa mahu perasaan ini lenyap musnah.
biar tiada sezarah rasa yang memanggil.
mengocak tenang hati dan damai jiwa.
tapi Dia lebih mahu melihat jiwa yang yang kuat.
hati yang masih sarat dengan pengharapan.
diri yang masih kuat mahu berjuang tanpa menoleh ke belakang.
Dia mahu meladeni.
meladeni agar jiwa dan hati lebih teguh menimbang kisah dan kasih.
biar sedar bukan mudah mengait bebenang perasaan.
apatah lagi mengekal dan mempertahan.
hanya yang gagah berjuang akan kecapi bahagia.
biar nanti air mata jadi taruhan.
hati pedih, jatuh dan terluka.
mohon agar dijauhi segala yang duka.
bintang dilangit tetap kan mengalun ceria.
kala malam mendung gelap menutup warna.
mentari menyambut hidup di pagi hari.
bayu kan berpuput merawat luka.
kembali utuh semangat menjengah kala dinihari.
jangan pernah kalah, lekas bangkit berdiri.
Dia maha berkuasa, gapai lah impian tinggi.
Dia pasti mendengar, menjawab dan memberi.
kadang sakit perlu dirasa demi menghargai.
notaKaki : perasaan di pagi jumaat.
notaKaki 2 : Usah khuatir. Antara kita tiada yang mungkir. Hanya terhalang takdir. Biar kekal hampir, kelak kasih hadir. - push factor and the reason for those phrases.
No comments:
Post a Comment