It's been a while since the last post here. I'm so sorry, bloggie T.T
Perasaan saya masih sama seperti dahulu.
Masih mahukan dia sebagai bakal suami yg diimpi.
Masih kasihkan dia dalam senyap dan diamnya hati.
Saya mahu berterus-terang tapi masih kekuatan itu kurang.
Bimbang masih di tahap kritikal tapi perasaan yg kuat ini sudah boleh dikawal.
Saya masih mengirim rasa kasih dan sayang saya pada dia dalam lewat doa usai setiap solat.
Saya yakin Allah telah panjangkan doa itu buat si dia, bakal suami yg diimpi.
Mungkin Dia masih mahu menguji sekuat mana jiwa dan hati saya bersungguh untuk dapatkan kasih dari dia, bakal suami yg diimpi sedari mula sehingga kini.
Benar, hati dan jiwa terkadang nanar dan mahu berputus asa.
Tapi masih ada semangat dalam diri yg mahu berjuang untuk terus yakin dan berdoa pada Dia demi perasaan ini, kasih yg wujud tanpa paksaan and without any concrete reason.
Saya tetap percaya bahawa Allah ada perancangan yang jauh lebih baik untuk hidup saya. Namun saya mohon agar Allah selitkan dia, bakal suami yg diimpi di dalam setiap aturan hidup yg saya perlukan nanti. Sungguh, saya ingin noktahkan rasa yg wujud ini dalam sebuah ikatan hubungan yg sah! Saya mohon agar Allah akan tautkan hati-hati kami, jentikkan rasa kasih dan sayang dlm hati-hati kami serta kuatkan hati-hati kami untuk terus utuh dijalanMu.
Perlukah saya berterus-terang pada dia, bakal suami yg diimpi?? Mohon Allah berikan jalan yg terbaik dalam rasa ini.
NotaKaki: sentap sedikit tapi saya tahu yg saya tiada hak utk rasa begitu sebab kami tidak saling memiliki. Alfatihah buat diri sendiri juga buat dia, Mohd Najib bin Adenan. Moga Allah akan terus kasih serta sayangkan saya dan awak sampai hujung usia. Ameeennn ya rabbal alamin.
Sent from my iPad
No comments:
Post a Comment