Followers

Friday, November 25, 2011

salam 29 zulhijjah, kesayangan semua!

pagi ini sang rindu datang bertamu.
ya, rindu pada dia yang masih kuat di hati.
dia yang masih disayang pada setiap denyut nadi.
dia yang masih segar dalam setiap salur arteri.
dia yang masih diharap untuk menemani seumur hidup sampai mati.

pernah diri lelah mahu mengalah.
kerna akal dan hati tidak pernah sehala.
serasa mahu perasaan ini lenyap musnah.
biar tiada sezarah rasa yang memanggil.
mengocak tenang hati dan damai jiwa.

tapi Dia lebih mahu melihat jiwa yang yang kuat.
hati yang masih sarat dengan pengharapan.
diri yang masih kuat mahu berjuang tanpa menoleh ke belakang.
Dia mahu meladeni.
meladeni agar jiwa dan hati lebih teguh menimbang kisah dan kasih.
biar sedar bukan mudah mengait bebenang perasaan.
apatah lagi mengekal dan mempertahan.
hanya yang gagah berjuang akan kecapi bahagia.

biar nanti air mata jadi taruhan.
hati pedih, jatuh dan terluka.
mohon agar dijauhi segala yang duka.
bintang dilangit tetap kan mengalun ceria.
kala malam mendung gelap menutup warna.
mentari menyambut hidup di pagi hari.
bayu kan berpuput merawat luka.
kembali utuh semangat menjengah kala dinihari.
jangan pernah kalah, lekas bangkit berdiri.
Dia maha berkuasa, gapai lah impian tinggi.
Dia pasti mendengar, menjawab dan memberi.
kadang sakit perlu dirasa demi menghargai.


notaKaki : perasaan di pagi jumaat.
notaKaki 2 : Usah khuatir. Antara kita tiada yang mungkir. Hanya terhalang takdir. Biar kekal hampir, kelak kasih hadir. - push factor and the reason for those phrases.

Saturday, November 19, 2011


Do’a seorang hamba akan selalu dikabulkan selagi tidak memohon sesuatu yang berdosa atau pemutusan kerabat, atau tidak tergesa-gesa. Mereka bertanya : Apa yang dimaksud tergesa-gesa ? Beliau menjawab : " Dia berkata, Saya berdoa berkali-kali tidak dikabulkan, lalu dia merasa menyesal kemudian meninggalkan doa" (H.R. Muslim).


notaKaki : Alhamdulillah untuk kepercayaan yang tidak pernah runtuh. walau seringkali goyah, insyaAllah Dia akan senantiasa membantu memberi arah. terima kasih ya Allah!

Tuesday, November 15, 2011

last nite we chat.
unexpected. he did 'hi' me first ;D

i asked
"kenapa hidup lama lebih gemilang"

and he asked me back

"kenapa nak tau?"

dangg!! kalau ikut hati, i nak je jawab

"because i care. because i fall for you."

berani laaaa sangat. kot kejang-urat-segala kalau jumpa nanti.
lelaki dan ego memang tak dapat dipisahkan.

"that's a statement. not a regret statement"

see... how clever he twisted my word. hehek.

i just cakap there's must be reason why those statement pop-up in his mind. it can be regret. it can be missing part of our life. tup-tup keluar ayat tu.

whatever it is, i accept you for whoever you are "noble of descendence" dearie!


notaKaki:aku mohon Kau tetapkan kebaikan buat kami, ya Allah. ameen~