Followers

Tuesday, October 27, 2009

.blurrr.

this week adalah minggu sibuk sebab perlu siapkan hal-hal majlis penutup kursus. lepas tuh sibuk pasal final exam paper yang nak kena submit untuk approval final exam on next january. penat okeh. merangka acara dan melangut depan PC untuk jangka masa yang lama. haish. dah la hari ni perut tak berape nak sehat T_T tak kesian pun kat tuan dia nih. aduhai laaa.

tengah-tengah sibuk tadi dapat call untuk interview on next monday. macam teruja tapi cuak jugak lah. haha. tak dapat nak berfikir sangat pasal interview next week sebab otak masih berselirat hal kerja dan majlis esok. adeh, mata pun dah mengantuk bagai. hoho.

can't wait for tomorrow event sebab ada transformasi sikit. transformasi yang sepertinya baik untuk diri sendiri dan masa hadapan -_-''

notaKaki:perlu amek gambar manyak2 esok!!perlu jumpa the big boss esok juga!!

**harap-harap mak dengan walid selamat sampai malam ni =)

Friday, October 23, 2009

.melancholic theme.

lepas selesai segala urusan belajar dan praktikal rasa sangat lega.sebab salah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan dah pun terlaksana.alhamdulillah.bila renung balik tarikh last update blog, rasa macam dah lama sangat tak update blog.bukan tak mahu,tapi kekangan tertentu menghalang.mungkin juga saya masih perlu belajar cara mengurus diri dengan lebih efektif =p tiga bulan yang lepas rasa macam cepat sangat berlalu.macam tak sempat-sempat nak tinggalkan saya.ceh.apa-apa pun masa memang tak boleh nak putar balik.jadi, redha saja dengan apa yang ada sekarang.



banyak sebenarnya rahsia hati yang tak dapat dirungkai sejak 4 bulan lalu.ada rasa marah pada diri yang masih tak mahu lepas.ada rasa kecewa yang masih terjeruk di dalam.semuanya gara-gara kekangan masa dan kekurangan peralatan menaip.haha.



when a woman does not give herself permission to feel angry, she blames herself.





benar.bila direnung semula memang saya salahkan diri sendiri sebab tak benarkan kemarahan tu keluar pada waktu yang sepatutnya.sebab saya fikir kalau amarah menguasai diri ketika itu, mungkin saya akan tertekan.memandangkan keesokan harinya saya ada peperiksaan besar yang lebih penting dari melayan amarah yang dibawa syaitan, saya diamkan diri. bila dapat tahu duduk perkara sebenar pada masa tu, air mata saya tak menitis sedikit pun sebab hati saya keras melarang.saya tak mahu izinkan air mata saya pada benda yang sia-sia.saya berjaya untuk tenteramkan hati seketika.api kan lawannya air.act wise, think twice.tapi saya, as usual akan cair dengan himpitan tekanan.air mata saya mengalir jugak tapi sedikit.sangat sedikit.thanx sayo and ojie.untuk sky juga yang dapat meneka keadaan.saya fikirkan ketika itu, mungkin lepas final exam rasa yang terpendam ini akan dapat diluahkan pada dia yang sepatutnya. tapi saya silap perhitungan. tak pernah dan mungkin takkan pernah ada peluang untuk meluahkan selepas waktu tu. saya harap rasa ini akan perlahan-lahan pergi.saya tak mahu berdendam, jauh sekali nak mengungkit.just stay away.achievement yang rasa sangat perlu untuk dibanggakan.saya dah boleh jauhkan diri dari perasaan silam.mungkin berkat doa.mungkin juga hati saya mampu untuk istiqamah dengan apa yang dimahukan.saya harap sangat perasaan ini akan semakin jauh.saya yakin, saya mampu lepaskan dia dalam ertikata sebenar.kadang-kadang hati tak sekata dengan mulut.jadi, mulai sekarang dan di masa-masa akan datang saya harap sangat hati dan mulut saya akan sekata tentang perasaan yang satu ni.InsyaAllah.saya sangat mahu lepaskan dia sebab sememangnya saya perlu berbuat begitu.saya yang sepatutnya memutuskan perasaan ni.ganbarre, hajar-chan!! saya patut bersetuju dengan aiman dalam keadaan ini.


"mungkin kan terputus di tengah jalan, mungkin kan terlerai tanpa ikatan, usah ragu dengan takdir"



saya mahu teruskan hidup tanpa ada bayangan silam yang mengkucar-kacirkan hati. saya mahu hati saya sentiasa damai tanpa perlu fikirkan perkara-perkara yang tak sepatutnya.hara-harap berjaya lah!!p/s:rasa macam nak gelak guling-guling bila melawat blog senpai yang letak nama saya "si budok mencari cinta" ceh.ceh.ceh. sungguh tak komersial okeh??hahanotaKaki:ini post yang sepatutnyer keluar lepas selesai konvokesyen ari tuh -_-''

Thursday, October 22, 2009

.cik migrain sila bertimbang rasa.

phew...makin lama kerja, makin terasa presure mental dan emosi. selalu sakit kepala okeh. seingat aku dah lama migrain tak datang melawat since abes final exam last april. tapi sekarang, rasa dah macam hari-hari cik migrain datang melawat. kadang-kadang tu, pagi-pagi lagi dah datang.tak bagi salam pulak tu!!haish. but, i never take any medicine yet. selalunye biar die hilang sendiri sebab tamaw biasakan makan ubat. hoho.

selalunye cik migrain datang melawat bila aku penat sangat. penat dari segala sudut lah. mental dan fizikal. as i work in educational field, memang sakit kepala lah kan. jumpa macam-macam orang, ragam pun lain-lain lah kan. tapi, for the time being i do enjoy this job!! it was different from the previous experiences. seriously. penat but i stand still =) semalam jer dah cukup terdera sebab kerenah student. silap langkah sikit, memang habis semua lah kan. walau kau baik sebelum ni, but it make no sense anymore sebab people currently will look at ur bad side first when the 'thing' happened. some people might said

"alah, budak-budak baru nak naik. semua benda diorang nak cuba. biasa lah tu"

aku setuju lah for the certain part tapi mostly aku tak setuju sebab dari sekarang lah diorang perlu dibentuk. niat tetap tak menghalalkan cara. so, patutnye yang senior memberi contoh tapi sebaliknya lah pulak. i never thing that i'm good enough but we still can help each other untuk saling mengingati. it was an obligation. but still, depends on the people itself lah jugak. sebab lain orang, lain cara berfikir.

another thing i've learnt are "kita masing-masing ada tanggungjawab" "tak semestinye cara kita, semua orang boleh terima" "we should practice the 'win-win situation' in our life and workfield" banyak benda aku belajar dan diajar. huhu. terasa lain sangat-sangat. mungkin sebab kerja aku banyak berurusan dengan orang kot compare dengan kerja dulu yang banyak berinteraksi dengan teknologi. hehe.

dan sesuatu yang buat aku berfikir panjang bila one of my colleague ask me

"siti seronok kerja kat sini??"

i think a lot. and maybe too much. both side, the -ve and the +ve. yang -ve nye aku rasa macam dia nak suruh aku berhenti ke??ye lah, kalau aku tak seronok kerja sini mungkin die nak mudahkan laluan aku untuk berhenti kot??huhu. yang +ve nye pulak, aku rasa macam dia nak ajak aku kerja lama kat sini. mungkin lebih dari apa yang kami persetujui sebelum ni -_-'' tapi aku tak nampak lagi any hint that lead to my +ve/-ve thinking. so, just let it be lah. for the time being, aku nak fikir yang baik-baik saje. and aku rasa aku nak enjoy this job as long as i have the opportunity. tak payah nak fikir banyak-banyak sangat. rezeki tu ade jer kat mana-mana =)




notaKaki:esok bakal mengalami transformasi kot.rasa macam sayang dengan this wavy and curly. tapi rasa macam mahu bertukar sebentar!!hoho. teringat message sky tadi "2-2 pun ok.curly nampak comel.tapi kalau straight ct nampak mature" perasan comel sekejap.haha.


** mimpi indah dunia. harap-harap esok akan bangun dari arah yang betul dan mood berkerja akan jadi sangat baik.hehe.

Wednesday, October 21, 2009

.mimpi indah.


I wonder why I still remembered my dream last night. I just can’t figure out who’s that man which turns out to be my “spouse” in the dream. Aku tak kenal dan tak pernah tengok pun muka dia. So, it was awkward lah. And it was the first time ever that I dream about marriage. Haish, sudah sampai seru kah?? Ngahahaha.


Serius, aku rasa macam melayang atas angin bila bangun pagi tadi – teringat mimpi tu. Walau aku tak kenal mamat tu siapa tapi rasa macam bahagia bagai. Tak paham aku -_-''. Yang aku boleh ingat dia cakap
“sorry lah, saya ni mmg anak mak.so, awak kena pandai-pandai lah”
hoho.look like our marriage was arranged by family members lah kot.haha. klaka gila.sirius!!


Tak pernah-pernah lagi aku mimpi cenggini and tak pernah terfikir sikit pun nak dapat mimpi macam ni!! huhu. Tup-tup, amek kau. Tapi malam tadi sebelum tido, I texted inn to wish her good luck and sort of welcome note back to school since she started her school back. Then, before we ended the text session she texted me with this phrase


“regard to ur lala land sweetheart taw”


so, I said that sweetheart going to be si hot ed westwick ‘gossip girl’ but turn out to be si hot yang laen lah pulak. But to tell the truth, aku tak fikir siapa-siapa pun as my lala land sweetheart last night. cuma fikir nak tido dengan cepat dan nyenyak sebab agak penat semalam.

Tapi serius lah, rasa bahagia semacam. Sengal lah pulak kepala ni. Tapi kalau nak suruh cari si hot tu dalam dunia nyata mungkin tak terjumpa kot??hehe. takpe lah, esok-esok tengoklah siapa spouse-to-be aku.mahu pergi berangan ~ sah putus fius sekejap!!



notaKaki:aku tak paham kenapa tiba-tiba aku rasa cam best nak kawen!!haha.

Thursday, October 15, 2009

.si buah hati kesayangan.

hari ni bercerita tentang antara buah hati yang menjadi kesayangan cik jaa. yang baru dan juga yang lama. boleh senyum sampai ke telinga kalau dapat dua benda nih. tak ingat benda laen dah sampai ada yang risau bila cik jaa gelak sorang-sorang dengan buah hati kesayangan.haha.
buah hati lama yang masih lagi jadik kesayangan -_-

buah hati baru yang bakal jadik kesayangan sampai akhir nanti =)
notaKaki:sebenarnya hari ni dan esok bakal jadi hari sibuk-tahap-breakfast-pun-tak-sempat.jadi sebelum tahap tension naik beroktaf-oktaf, baiklah cik jaa sediakan penawar yang boleh kasik cik jaa sengih memanjang.hoho.teringat mesej dari mr. elmy "org berkerjaya ni laen sket" laen tang mana ntah. tak sempat nak tanya sebab dah terpengsan lepas baca mesej tu.hoho.
**selamat malam dunia. mimpi indah.
***jack-kun, calm down okeh. mari melancong ke cameron!!hehe.

Sunday, October 11, 2009

.new day.

it's been a week since i'm starting my job here.just arrived around 9.for the time being, masih tak sempurna lagi barang-barang sebab kemudahan tak bape nak cukup T_T hope so before end of this week i can get the cupboard for my things =)

okeh, baru seminggu aku kat sini dan baru seminggu aku start kerja. tapi sangat banyak benda aku belajar. it was really challenging. seriously it was. dan aku sangat sukakan keadaan macam ni sebab aku boleh observe and analyze banyak benda. dari sudut pengurusan emosi, corak pentadbiran, tahap pengurusan dan cara PnP (pengajaran n pembelajaran). for the time being aku masih rasa mampu untuk berdepan dengan kerenah bos and the colleagues. sebelum ni aku penah merasa kerja dengan bos lelaki dan perempuan. dan kali ni, bos aku adalal seorang perempuan. sangat lah berbeza dengan bos perempuan aku sebelum nih. ye lah, walau jantina sama tak semestinya perangai dan kerenah akan sama.

during my first day, bos aku datang ofis around 2 pm and dia bawak sekali angin dia. serius aku terketar beb. ape aku jawab semua rasa serba tak kena. memang agak tak best lah first day aku. haha. tapi ok la kan sebab awal-awal lagi aku dah berdepan keadaan macam tu. so, in the future maybe aku boleh bersedia dan tak menggigil lagi =)

so far , surrounding masih boleh diterima lah. aku tak nak fikir negatif sebab aku masih baru kat sini. for the time being, aku nak bersangka baik saja dengan semua orang. kitorang mungkin berbeza sebab cara pemikiran. tapi, aku still kagum dengan diorang. sebab diorang mampu buat sesuatu yang tak ramai orang mampu nak lakukan. tapi mungkin silapnya diorang sendiri tak sedar akan kelebihan diorang. i wish and pray for them to be better in the future.

till now, take care people.

notaKaki:rasa agak pelik bila call rumah ari sabtu ari tuh sebab mama yang jawab. then, boleh pulak aku pegi tanya "eh, ma tak keje ke ari nih??" "ari ni cuti lah.sabtu kan." haha. aku lupa yang aku keja 6 hari seminggu.hoho.

Monday, October 5, 2009

.it was seriously creepy than i thought.


okeh, yesterday i got call from wan zah which is used to be my landlord during my internship. she said that she want to come to my house tomorrow which is today.at first, i thought that she just want to visit.yeah, raya visit as usual.then, i said ok lah because i need to register at the office at the evening. she said that she want to come around 10 o'clock with her grandchild. i have never ever thought of something big or something else that different from the eid thingy thing.


around 7.30 am, i got call from anonymous number which is used to be wan zah daughter.she said....


"assalamualaikum..siti ke??"


"ye saye,siape ni eh??"


"ni, mak cik nak bawak mak zah ke rumah siti tapi kami tak sure jalan nak ke sana"


omg.they just on the road right now!!kate nak datang kul 10??

then membebel sket bagi direction kat pak cik driver.


"takpe, nanti macik sampai kat masjid bitaw saya. saya amek macik kat sana"


********************************


lepas dah amek diorang kat shell (sebelah masjid), terus bawak ke rumah lah kan.sirius kelam kabut gila sebab tak sedia apa-apa pun.haish!!lepas dah sembang dua tiga kerat,we moved to the serious thing.okeh, actually tak sembang ape pon sebab tataw nak sembang apa dengan pak cik dan mak cik tu.tak kenal pon mereka sebelum nih.

then, wan zah mintak excuse gi toilet. then, the story begin...


"siti, macam ni lah yer. mak cik cakap straight forward je lah. mak mak cik tu (wan zah) berkenan dengan kamu. die nak padankan kamu dengan anak mak cik, cucu die. tu pun kalau siti takde kawan lagi lah"


okeh, i think i already turn into red-maroon.gila kau.nasib baek mak ngan walid takde sebab masing-masing tak boleh nak excuse.


"err.."


"siti dah ade kawan ke??"


"err...kawan memang ramai lah. tapi kawan yang untuk spouse-to-be memang takde lah" okeh, spouse-to-be tu tak cakap lah kan.haha.


"anak mak cik tu umur 26 keje dengan telekom kat jalan semarak bla.. bla.. bla.."


yang lain-lain tu memang tak bape nak dengar sebab otak tak boleh nak fikir ape dah.rasa macam sedang mimpi or belakon ape ke.biau betul wan zah ni.die memang suke matchmake kan orang tapi tak terfikir pulak dia nak matchmake kan aku.


"takpe, rilex jer. jgn gelabah sangat. kami datang bertanya jer"


"takpe, kite open-minded lah. kawan-kawan dulu. kalau panjang jodoh korang, ade lah tu. jangan rasa macam kami memaksa pulak" si pak cik memberi jaminan.


aku dah tataw nak cakap ape cuma boleh sengih tunjuk gigi yang prasan lawa.hadoi.serius aku tak jangka benda-benda gini.tak sedia kot??haish.


"siti bagi gambar siti untuk anak mak cik tengok"


"hah??gambar??erk,gambar ape eh?" okeh, soalan sengal sekejap.


"gambar siti lah. gambar sekerat pun takpe. tak kisah lah"


sambil sengih-sengih nervous aku tanya "gambar pasport takpe kan??"


"boleh jer.mane-mane lah"


lepas aku dah bagi gambar tuh, aku rasa macam nak tanye jer 'gambar anak mak cik takde ke?' yer lah, unfair kot bila the other side ade no phone and gambar aku but i have nothing about him.aku rasa macam nak nanges okeh.sebab aku rasa macam 'weh,aku tak sedia apa-apa lagi kot?apesal tuju kat aku pulak??' tapi kan,seriously naseb baek sebab mak ngan walid takde. and i have no intention to tell my mum about this. gila kau, mak aku mesti akan bergabung tenaga dengan adek-beradek dia untuk gula-gula kan aku. nanti asyik aku jer kena bahan!!tak sanggup ese eh.


*************************************

lepas jer diorang balik, tak tunggu lama i make a phone call to ojie.


"weh, wan zah datang dengan parent budak tu lah!! kate semalam nak datang dengan cucu nyer"


"ye ker??pastu ko buat ape jer"


"buat ape yang patut la.gila staright forward kot mak dia.aku segan gila sampai rasa nak nanges kot.korang pun apesal lah takde kat sini.isk isk isk. siap mintak gambar aku kot"


"hah?? dah tu ko bagi lah??"


"takkan tak bagi kot. dah orang datang umah mintak. kalau setakat mintak kat telefon, aku boleh la nak avoid!"


"gamba die ade??"


"mane ade.satu hape tentang dia pun aku tataw.mak die cakap nnt bia la si h**** tu yang contact aku"


"unfair lah macam tu. bla..bla..bla..."


aku dah malas nak cakap pasal tu.pusing cerita pasal ojie pulak. sebab bila fikir-fikir sangat, aku yang sesak nafas.setengah orang mungkin akan cakap "alah, normal lah tu. buat biasa-biasa jer"

ha'ah, kau tak duduk tempat aku kau boleh lah cakap.


sekarang nih memang tak boleh nak berfikir dengan waras sangat bila fikir isu nih.rasa terkejut pun tak ilang lagi.adeh. it was a creepiest thing that ever happened to me for 23 years of life.


notaKaki:okeh,mahu berkemas untuk ke manjung. lepas nih bersawang lagi lah blog nih.

Friday, October 2, 2009

.dilema.

lately, i have no mood at all to write or to story about anything.bukan takde cerita but it just no the time yet.hurm.okeh,banyak kisah time raya yang lepas but i keep it first lah sebab belum rasa nak berkongsi cerita lagi =)

saya dalam dilema.antara ajakan ojie dan juga Pn. Siti. i'm waiting for a call from kak Tuti.hope to hear good news from her soon =) kalau kak tuti dah call and bagi keputusan,i can tell ojie about the result of her invitation.tapi kalau takde panggilan lagi,tataw lah nak jawab macam mana -_-'' let see how it goes lah.haish.