Followers

Thursday, April 21, 2011

.tercabar.

perasaan yang dulu, yang pernah jadi salah satu dalam wishlist kian dilupakan. iye, makin dilupakan sebab dah takde pemangkin macam dulu. kalau dulu time belajar, sangat eager weh! sanggup pegi belajar bahasa semata-mata nak pergi sana dengan harapan nanti takdelah terkebil-kebil dengar diorang bercakap. hehe.

tapi, sekarang ni bila dah mula bekerja, EAGERNESS untuk ke sana pun dah makin kurang. kemahuan tu tetap ada tapi dah tak macam dulu. salah satu sebab mungkin PROVOCATION. yelah, tukang provok pun sume dah makin sibuk dengan life masing-masing -.-'' diri sendiri kalau nak provok diri sendiri, harapan la nak berjaya weh!! tapi baru-baru nih sorang tukang provok dari zaman belajau dulu balik mesia dan jumpe aku dengan selamba mulakan langkah pertama beliau. walau tak secara direct, tapi aku rasa tercabar kot! T.T

"eh, ape citer impian ko dulu?? nanzan lah bla bla bla bla..."

mula-mula macam blurr sebenarnye sebab fikiran ke lain. yelah, movie source code tu luar alam kot! tambah pulak due orang lagi sibuk duk berbalah pasal cerita tu. haih. singkat gila jawapan.

"urm..tataw la weh..."

tapi bila balik umah dan teringat conversation tu, tetiba rasa nak jerit. wey cik jaa, die sebut pasal NANZAN kot. it's NANZAN DAI lah. oke, fine. aku memang tak teringat langsung when he pick the NANZAN issue. watdehal lah lambat cik jaa nih! baik lah, korang boleh tawu lebih lanjut apekebende NANZAN tu by clicking those orange word. (kompom lah kalau pergi lawat website lagi dapat maklumat penuh).

time study dulu, aku pernah apply untuk international student change programme. yelah, student boleh pilih mana-mana university luar negara untuk buat program ni selama 6 bulan kalau tak silap. tapi kalau salah pilih, 6 bulan tu mungkin takkan membantu untuk tambah credit hour yang perlu disetelkan menjelang tahun akhir pengajian and it will take u to extend =) and on that moment, aku rase macam "eh, ade aku kesah kene extend??" jadi, bersungguh-sungguh la apply sebab rasa macam cukup syarat! tiba-tiba time interview die kate

"awak yakin dengan permohonan ni?? awak apply Nanzan University ni tapi awak punya bahasa asing baru level 1. kalau untuk permohonan selain europe and uk, awak perlu at least level 2 bahasa asing. kalau setakat level 1 susah kita nak approve."

hoh?? dalam syarat tak kate pun kene level 2?? sobs. malas nak ulas lebih-lebih. kesimpulannya fail interview. case closed. tak sampai la kat Nanzan
T.T

then, ada lah jugak fikirkan yang impian untuk ke sana HARUS diteruskan sementara si tukang provok masih di sana. hihu. tapi alkisahnya kalau dah kerja, lupa segala kot. macam-macam benda kau nampak dan nak kau miliki. iye, itu aku. kalau boleh, tiap-tiap bulan mahu beli handbag, kasut dan baju! gila kan nafsu aku?? haha. jadi, bila dah takde orang nak giat aku, memang harapan la nak menyimpan beriya untuk melancong! tambah pulak dalam ramai-ramai kawan, aku sorang je kot yang beriya nak pergi melancong jauh-jauh. haha. bukan takde kawan yang rajin bejalan tengok tempat orang, tapi diorang pergi takmo ajak aku. sobs lagi. T.T

jadi, kesimpulannya sekarang ni aku kena start simpan duit dengan nilai yang tinggi untuk melancong dengan meriah di masa hadapan. haruslah menunda kegilaan bershopping dan window shopping dan berjalan-jalan tanpa arah tujuan. lepas ni kalau nak jalan pun hanya pergi bermain badminton yang di court berharga rm24 -.-'' hihu. lepas tu, harapan nak mamam Las Vacas pun perlu tangguh lagi sampai tahun depan. haha! melampau. oke, tunggu tabung syiling penuh baru pergi makan kat sana. hehek.

yooosssshhhh!!!!!!!!!!!!!! mari bersusaha dari sekarang untuk kebahagiaan melancong sambil bershopping di hujung tahun!

notaKaki:eh, dah tu takkan hal nak sambung study pun ekau nak tunda cik jaa?? takpe, berangan dulu dapat sambung study dengan harapan tiba-tiba ada orang nak tolong sponsor fee pengajian =)
notaKaki2: takde orang nak join aku melancong ye? takpe, aku pegi sorang-sorang! wuwuwuuuuuuuu.........

No comments: