Gunung Datuk, Rembau. Let's spot his house! eh?
tapi hati ni dah betah untuk hadapi keadaan sebegini ;)
bila saya rindu dan teringatkan dia, saya sedekahkan al-Fatihah dan doa sebab itu sahaja yang termampu. saya mungkin tak boleh nak menggapai dia, tapi saya percaya pada Dia yang di atas sememangnya mampu untuk bukan sahaja perhatikan, malah mampu untuk gapai dan sambut si dia kalau-kalau dia terjatuh atau tersesat jauh.
saya benar-benar mahu serahkan rasa rindu dan hati ini pada Dia yang di atas untuk pegang dan kendali. saya risau kalau-kalau rasa yang hadir untuk dia ini rasa yang sia-sia. saya sayangkan diri saya dan juga diri dia. saya mohon pada Dia agar dipelihara perasaan dan hubungan ini. walau dia tidak tahu dan mungkin takkan pernah tahu, inshaAllah doa dan al-fatihah akan sentiasa ada buat dia.
notaKaki : seorang teman pernah cakap, kalau kita sedekahkan al-fatihah/doa pada orang yang kita sayang dan kita menangis ketika membacakannya, orang yang kita sayang itu sebenarnya dapat rasakan kasih dan sayang yang wujud untuk dia.
No comments:
Post a Comment