Followers

Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

the pain


Hari ni saya rindukan awak lebih dari sebelum ini. walau awak jelas depan mata saya, saya tetap rasa rindu yang menggebu dalam hati. berat hati nak lepaskan awak dari pandangan mata. Rasa macam tak puas nak tengok wajah kesayangan. ececececeyyyhhh ;p and i felt ache when i saw you in pain. pedih yang tak dapat nak explain macam mana time awak semacam mengerang sakit sambil pegang bahu kanan ;( i don't know why but the ache still in me bila saya curi-curi tengok awak dalam keadaan begitu. to be frank, saya tak pernah lalui rasa sebegini dengan awak sebelum ini. i hope this is a +ve sign for both of us. walau saya dah naik kereta semalam, saya masih rasa separuh dari saya ada dalam dewan tu. so, i did pray for your good safety and health ;(  rajin-rajin solat, najib adenan! moga kita bertemu dalam doa yang selalu di amin kan ;)

emosi semalam pun kurang baik. mungkin sebab stress. mungkin jugak sebab banyak asid dalam badan. dan saya perasan yang awak turut begitu. mungkin kita sama-sama tertekan sebab kerja, kehidupan dan keadaan sekitar. masa tengok awak tak bermaya, saya nak cakap kat awak yang awak akan ada saya as a brave and loud supporter. be it in bad or good time. easy or difficult, insyaAllah. i just want to cheer you up in every single situation. and i just want you to notice that i'm here for you to count on ;)

awak tahu, terkadang saya seperti terasa yang kita berkongsi rasa yang sama. berhubung melalui hati dan bertegur sapa melalui minda. mungkin saya perasan atau mungkin juga sebenarnya kita saling merasa perasaan yang sama cuma ego kadang kala buat kita nanar dalam pencarian. kita dalam perasaan yang sama ke najib adenan?? atau sebenarnya syaitan yang mempengaruhi saya untuk tenggelam dalam perasaan ini? saya mohon agar dijauhkan dari tergoda dengan bisikan syaitan yg menggila. saya harap kalau perasaan ni lahir pun, biarlah ia datang dari Dia yang di atas.


notaKaki1 : saya mohon pada Allah, andai perlu saya rendahkan ego untuk memaknakan hubungan ini, permudahkan lah. andai perlu saya kawal emosi dan minda saya dari terus jatuh dalam perasaan ini, permudahkan lah.
notaKaki2 : bila lalu depan outlet BR, tiba-tiba muncul idea gila nak belanja satu ofis kalau saya dan awak bertemu dalam jodoh yang sama. oke, this is gatal overboard!

Saturday, February 4, 2012

.sayu.


Gunung Datuk, Rembau. Let's spot his house! eh?


lately ni selalu teringatkan dia..
tapi hati ni dah betah untuk hadapi keadaan sebegini ;)
bila saya rindu dan teringatkan dia, saya sedekahkan al-Fatihah dan doa sebab itu sahaja yang termampu. saya mungkin tak boleh nak menggapai dia, tapi saya percaya pada Dia yang di atas sememangnya mampu untuk bukan sahaja perhatikan, malah mampu untuk gapai dan sambut si dia kalau-kalau dia terjatuh atau tersesat jauh.

saya benar-benar mahu serahkan rasa rindu dan hati ini pada Dia yang di atas untuk pegang dan kendali. saya risau kalau-kalau rasa yang hadir untuk dia ini rasa yang sia-sia. saya sayangkan diri saya dan juga diri dia. saya mohon pada Dia agar dipelihara perasaan dan hubungan ini. walau dia tidak tahu dan mungkin takkan pernah tahu, inshaAllah doa dan al-fatihah akan sentiasa ada buat dia.


notaKaki : seorang teman pernah cakap, kalau kita sedekahkan al-fatihah/doa pada orang yang kita sayang dan kita menangis ketika membacakannya, orang yang kita sayang itu sebenarnya dapat rasakan kasih dan sayang yang wujud untuk dia.