Followers

Thursday, April 19, 2012

I am blessed yesterday.
Stress level menurun pada tahap stabil bila dapat berpeluh di court. Plus, Allah berikan punca untuk saya tersenyum dan bertahan. Walaupun saya dapat rasakan mood bakal suami tak berapa baik. Penat mungkin. Stress mungkin. Atau tangan yang injured buat dia tak boleh nak performed well.

"Gaya macam nak pegi beli air je"
"Beli kat luar je.machine dah elok"
"Oh, ye? Dah elok ke?"
"Ha'ah"

Perbualan yang saya rasa hanya alasan untuk menegur saya. Tapi saya ni lambat sket. So, respons pun sengal lah jugak T_T

Saat menulis ini terasa sayang buat dia melimpah ruah tanpa sebab. Sungguh, sayang yang mengalir tanpa ungkap.
Mohon Allah terus pelihara perasaan ini untuk dia yang layak dimiliki. Mohon juga Allah permudahkan urusan hati dan jodoh ini.
Mohon Allah gerakkan hati-hati kami untuk memperbaiki kehidupan kami kepada kehidupan yang Dia redhai.
Mohon Allah tautkan,dekatkan dan satukan hati-hati kami andai ditakdir kami akan saling melengkapi dan saling memerlukan.



NotaKaki: dia sukakan raket saya? Atau sebenarnya mahu rasakan aura tangan saya pada raket tersebut??(Oke,this is ridiculous cik jaa. Stop it) apa pun, terima kasih sungguh-sungguh ya Allah atas nikmat bahagia yang satu ini. Moga ia akan kekal hingga hujung usia ;)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: