Followers

Thursday, May 21, 2009

.rasa hati.

akak, ganbarremashiyou!!

BUKAN SEMUA KITA NAK KITA DAPAT

Yang kita nak, barangkali bukan yang terbaik untuk kita , maka Pemilik Arasy menjauhkan kita dari perkara yang kita nak sangat-sangat tu, walaupun kita rasa itulah yang terbaik. Macam nak pilih pekerjaan, sama seperti halnya masa nak pilih calon pasangan hidup yang sesuai. Barangkali orang yang sentuh hati kita, bukan orang yang terbaik untuk kita. Maka, dia hanya singgah, tapi bukan untuk jadi penghuni tetap dalam hati kita. Maka, berbalik kepada ketundukkan kita pada ketetapan Pengatur Langit dan Bumi. REDHA. REDHA itu manis. macam apa yang aku percaya. SAKIT ITU INDAH BUAT KITA INGAT ALLAH. Maka, sampai satu masa kita kena bersedia lepaskan semuanya pergi, sebabnya semuanya pun KURNIA. Takda satu pun milik mutlak.I'M BLESSED with happiness, and thank u Allah for this opportunity.

TEKA TEKI YANG KU SELESAIKAN SENDIRI

Masih kau dalam ingatan, setiap senyuman dan senda gurau. Setiap perhatian dan pertalian yang kita sama-sama simpulkan. Tapi, semuanya makin samar kerana hanya aku yang melihat kemanisan bagi setiap peristiwa, sedangkan di matanya semua itu tidak memberi makna. Sampai di sini saja, kerana hanya aku yang memerlukan dan berada waktu diperlukan, padahal aku masih sendiri memilih jalan hidup ini.


notaKaki:rasa yang dah lama aku lalui.tapi akak farah yang tolong terjemahkan -_-"

1 comment:

cik jaa said...

kenapa saya perlu rindu die?? -_-"