Followers

Tuesday, August 10, 2010

.chill for a while.

jangan tunggu sampai saya ;
  • putus asa
  • give up
  • bosan
  • tade perasaan
  • kosong hati
kalau time tu cakap, saya mungkin dah ke holland~ bercuti sambil rawat hati. walaupun kadang-kadang mulut saya cakap tak nak, hati tetap berlawanan. mungkin sebab bukan jenis yang boleh straightforward. sue me for this weaknesses -.-''

sebab bila saya dah tak rasa apa-apa, you should afraid enough. saya mungkin takkan buat apa-apa untuk get back, fight back or pull myself too hard to turn around and pick my heart pieces. jadi, saat itu kalau ada yang membebel pada saya pun tentu-tentu saket hati sebab bebelan tu akan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

saya tetap manusia normal yang punya tahap kesabaran tak cukup tinggi, tahap tabah hati yang cukup-cukup makan, tahap bertenang yang mudah goyah dan tahap hipokrit yang sedang-sedang. jadi, saya akan cuba untuk menghargai sebaik mungkin setiap apa dan siapa yang hadir dalam hidup saya. jangan sampai saya tak respon apa-apa bila ditegur atau dibebel. itu aura frust yang sangat-sangat lah tak mahu ditunjukkan pada orang ramai -.-''

Wednesday, August 4, 2010

.haih.

pheww... semalam adalah hari kurang perasaan. saya sendiri pun tak faham kenapa jadi macam tu. dan semalam juga ade yang meluah rasa. tapi, saya rasa kosong. takde perasaan langsung nak respon secara serius atau fikir betul-betul. tataw la pasai pe. mungkin salah satu faktor penyebab - saya dah pun letakkan had perasaan antara saya dan dia. kalau satu masa dulu saya pernah rasa mahukan dia lebih dari seorang kawan, tapi sekarang perasaan tu dah hilang. terbang entah ke mana. salah saya kah kalau perasaan tu dah tiada??

bak kata raha sempai - "perasaan tu boleh dipupuk"

boleh dipupuk ke?? kalau tanya hati saya sekarang, memang takde jawapan. sebab mungkin juga saya dah hadkan perasaan tu hanya sebagai kawan~ mungkin juga sebab saya kecewa dengan sikap dia. dan mungkin jugak dah bosan dengar alasan yang sangat lame setiap kali isu yang sama ditimbulkan. haih. saya TAK NAK fikir tentang hal ni buat masa sekarang. nak biar masa dan takdir saja yang tentukan. boleh begitu??

Monday, August 2, 2010

.sile berusaha ye!!.

susahkan bila anda terpaksa masuk dalam kelompok keluarga yang kurang menyenangi penyertaan anda ='( bukanlah jadi pada saya tapi pada saudara sebelah mama. kalau dilihat dari luaran, memang semua nampak bersetuju dengan perkahwinan tersebut tapi sebenarnya masih ada aura tak puas hati yang dalam diam membakar amarah. jadi, kadangkala mulut lancar menuturkan perkara yang bisa merobek hati kecil seorang perempuan yang selayaknya diangkat martabat beliau sebagai ibu - walau bukan ibu secara biologinya.

bukan perkara mudah sebenarnya bila berkahwin. anda berkahwin dengan keseluruhan ahli keluarga tersebut termasuk lah sanak-saudara yang wujud. jadi, anda pelu bersedia untuk sama ada diterima secara keseluruhannya atau diterima hanya atas kertas sahaja. perlu juga untuk bersedia dikritik hebat tatkala berkumpul ramai-ramai. juga perlu kuatkan hati untuk menahan sindiran yang datang secara langsung atau tidak. ouh, tak lupa juga anda perlu pakai topeng yang tidak berperasaan supaya tak nampak sangat lah yang anda panas hati bila disindir atau diperli -.-''

saya harap, saya takkan tempuh ujian sehebat yang itu sebab saya tak cukup kuat hati nak menahan perit sindiran dan perlian mereka yang selayaknya digelar ahli keluarga. harap-harap si ibu tua di kampung tu dapat bertahan hingga hujung usia...ameen =)


notaKaki:saya masih senyum sampai ke telinga =')