Followers

Showing posts with label impian. Show all posts
Showing posts with label impian. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , 

Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu.
  
Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku,

tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik.

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi.

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya.

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi.

Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.


P/S : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia....

Monday, April 30, 2012

Kisah kelas al-quran

Hari ni kelas al-quran untuk staf perempuan bermula. Ustazah dia comel! Senyum je kan..nak tanya pun takde lah takut-takut.

So, start kelas dengan juz amma. Ayat yang mudah-mudah dulu lah kan. Since kami-kami ni bukan lah golongan qariah. Hehek. Alhamdulillah, bacaan lancar cuma sangkut sikit mungkin sebab gugur. Lepas semua dah dengarkan bacaan, sesi terjemahan pun bermula.

Apa yang saya nak ceritakan adalah perkara yang jadi di pertengahan sesi terjemahan. Ustazah bercerita pasal pengalaman dia buat umrah dan haji. Ustazah cakap jangan risau bila terpisah dalam Masjidil Haram kalau pergi dengan suami atau kawan-kawan atau keluarga. Di sana nanti kalau buntu, buat solat hajat atau solat sunat taubat, insyaAllah semua akan mudah. Yang hilang akan dipertemukan. During the story, bila ustazah cakap pasal yang terpisah suami isteri, tiba-tiba terbayangkan muka bakal suami yang diimpi dalam fikiran. Tak semena-mena. Padahal ustazah cerita benda yang takde kaitan langsung dengan dia pun kan. Allahuakbar!! Mohon yang baik-baik untuk perasaan yang wujud.



NotaKaki:al-fatihah buat diri sendiri dan bakal suami yang diimpi. Ya Allah, andai rasa hati dan rindu ini benar mengikut aturanmu, aku mohon kau permudahkan urusan perhubungan ini. Ameen.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone