Followers

Monday, April 18, 2011

.kritikan.

sorang kawan aku penah cakap.

" kalau dulu aku rasa sebanyak mana aku usaha, sebanyak tu la yang aku akan dapat. tapi sekarang ni aku rasa bukan macam tu dah. kena ubah cara berfikir "

tapi pada aku, sebenarnya bila kita dah usaha, inshaAllah kita akan dapat setimpal dengan apa yang kita usahakan. apa yang kita kadang-kadang tak sedar, Dia sebenarnya dah beri secukupnya apa yang kita perlu pada waktu dan ketika itu. kita selalu mahukan lebih dalam hidup. tapi Dia lebih tahu apa yang kita perlukan. kita rasa kita perlu lebih berjaya dalam pelajaran. tapi Dia bagi sekadar apa yang kita perlu sebab mungkin kalau kita dapat lebih dari itu, kita akan sama ada lupa diri atau lebih teruk, kita tak mampu sebenarnya nak pikul amanah sebagai seorang yang berjaya sempurna dari segi akademik serta kerjaya.

pada aku bila Dia dah tetapkan sesuatu tu untuk berlaku, kita kena fikir dari pelbagai sudut. kena analisis betul-betul dalam semua aspek. sebab kadang-kadang mungkin sebab marah dan kecewa, kita tak nampak efek positif dari kejadian yang berlaku. so, fikiran perlu terbuka untuk terima kekalahan dan kritikan. walau rasa perit, tetap kena akui demi kebaikan diri sendiri.

notaKaki: perlu bersedia untuk dikritik. sebab dari situ diri akan mula diperbaiki ;)

No comments: