Followers

Friday, October 23, 2009

.melancholic theme.

lepas selesai segala urusan belajar dan praktikal rasa sangat lega.sebab salah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan dah pun terlaksana.alhamdulillah.bila renung balik tarikh last update blog, rasa macam dah lama sangat tak update blog.bukan tak mahu,tapi kekangan tertentu menghalang.mungkin juga saya masih perlu belajar cara mengurus diri dengan lebih efektif =p tiga bulan yang lepas rasa macam cepat sangat berlalu.macam tak sempat-sempat nak tinggalkan saya.ceh.apa-apa pun masa memang tak boleh nak putar balik.jadi, redha saja dengan apa yang ada sekarang.



banyak sebenarnya rahsia hati yang tak dapat dirungkai sejak 4 bulan lalu.ada rasa marah pada diri yang masih tak mahu lepas.ada rasa kecewa yang masih terjeruk di dalam.semuanya gara-gara kekangan masa dan kekurangan peralatan menaip.haha.



when a woman does not give herself permission to feel angry, she blames herself.





benar.bila direnung semula memang saya salahkan diri sendiri sebab tak benarkan kemarahan tu keluar pada waktu yang sepatutnya.sebab saya fikir kalau amarah menguasai diri ketika itu, mungkin saya akan tertekan.memandangkan keesokan harinya saya ada peperiksaan besar yang lebih penting dari melayan amarah yang dibawa syaitan, saya diamkan diri. bila dapat tahu duduk perkara sebenar pada masa tu, air mata saya tak menitis sedikit pun sebab hati saya keras melarang.saya tak mahu izinkan air mata saya pada benda yang sia-sia.saya berjaya untuk tenteramkan hati seketika.api kan lawannya air.act wise, think twice.tapi saya, as usual akan cair dengan himpitan tekanan.air mata saya mengalir jugak tapi sedikit.sangat sedikit.thanx sayo and ojie.untuk sky juga yang dapat meneka keadaan.saya fikirkan ketika itu, mungkin lepas final exam rasa yang terpendam ini akan dapat diluahkan pada dia yang sepatutnya. tapi saya silap perhitungan. tak pernah dan mungkin takkan pernah ada peluang untuk meluahkan selepas waktu tu. saya harap rasa ini akan perlahan-lahan pergi.saya tak mahu berdendam, jauh sekali nak mengungkit.just stay away.achievement yang rasa sangat perlu untuk dibanggakan.saya dah boleh jauhkan diri dari perasaan silam.mungkin berkat doa.mungkin juga hati saya mampu untuk istiqamah dengan apa yang dimahukan.saya harap sangat perasaan ini akan semakin jauh.saya yakin, saya mampu lepaskan dia dalam ertikata sebenar.kadang-kadang hati tak sekata dengan mulut.jadi, mulai sekarang dan di masa-masa akan datang saya harap sangat hati dan mulut saya akan sekata tentang perasaan yang satu ni.InsyaAllah.saya sangat mahu lepaskan dia sebab sememangnya saya perlu berbuat begitu.saya yang sepatutnya memutuskan perasaan ni.ganbarre, hajar-chan!! saya patut bersetuju dengan aiman dalam keadaan ini.


"mungkin kan terputus di tengah jalan, mungkin kan terlerai tanpa ikatan, usah ragu dengan takdir"



saya mahu teruskan hidup tanpa ada bayangan silam yang mengkucar-kacirkan hati. saya mahu hati saya sentiasa damai tanpa perlu fikirkan perkara-perkara yang tak sepatutnya.hara-harap berjaya lah!!p/s:rasa macam nak gelak guling-guling bila melawat blog senpai yang letak nama saya "si budok mencari cinta" ceh.ceh.ceh. sungguh tak komersial okeh??hahanotaKaki:ini post yang sepatutnyer keluar lepas selesai konvokesyen ari tuh -_-''

No comments: