Followers

Wednesday, February 24, 2010

.noktah.

oh, selamat pagi isi dunia!! selamat berusaha untuk lebih cemelang hari ini~

dah jadi rutin hari-hari untuk view page FB. jadi, hari ni pun kebiasaan tu masih diteruskan. tetapi rutin hari ini jadi beda sebab selang beberapa minit view FB, tangan aku seram sejuk -still, sekarang juga masih sejuk. dalam perut seperti ada rama-rama berterbangan dan hati tiba-tiba jadi cramp. as in Bahasa -kejang. hati macam takde respons dan satu badan rasa semacam. mengapakah?? takkan sebab sebaris ayat tu boleh buat aku macam jatuh terjunam dari tingkat tertinggi Burj Khalifa?? sirius, aku dapat rasakan hari ni bakal jadi hari yang tidak menenangkan. kenapa tangan aku masih sejuk macam air batu?? bila tangan ni nak normal kembali. sila lah normal wahai tangan -_-''

sirius, tiba-tiba rasa seperti mahu berhenti. berhenti dari membuat segala benda yang boleh link to him. sirius, perlu satu langkah yang lebih besar untuk make a move. perlu satu faktor pemangkin yang boleh bawa hati dan fikiran jauh-jauh dari kehidupan yang ada kena-mengena dengan beliau. perlu untuk mencari sesuatu yang boleh mengalih perhatian aku dari terus-terusan berharap dan memikirkan beliau. ya, aku sangat yakin tentang itu. betul-betul yakin.

kalau sebelum ini aku pernah rasa exhausted. tapi kali ni hati aku cramp. tak dapat nak rasa apa-apa. semacam nervous dengan keadaan sekarang. mungkin ini petanda untuk aku hentikan penantian dan pencarian ini. sirius, dari 1 januari 2010 sudah mulakan kangkah-langkah menyisihkan diri tapi hasilnya sekarang masih tak menentu. aku sebenarnya yang belum betul-betul istiqamah. kehendak hati dan akal masih tak selari. mana mungkin hasilnya akan memberansangkan. uh, perlu lakukan sesuatu nih!!

sedang dalam proses menghabiskan "jaja & din" yang baru diterima semalam. ade impak positif selepas membaca kisah mereka walau masih belum sampai ke akhir helaian. aku seperti mahu masuk kembali ke dunia yang pernah aku diami pada bulan disember yang lalu. dunia yang buat aku rasa kosong sangat-sangat. hinggakan ada yang menegur aku bukan aku lagi ketika itu. dan mereka risau sangat-sangat!! ya, minta maaf kawan-kawan sebab tak mampu nak berkongsi rasa hati.

dan hari ini, aku harap sangat bahawa mulut, hati dan akal akan sebulat suara menyokong keputusan aku untuk terus istiqamah menyisihkan diri dari segala benda ataupun manusia yang berkaitan dengan beliau. dan juga perlu menjauhkan diri dari segala benda yang boleh mengingatkan aku pada beliau. tapi kan, i wonder how to put the UTM far away from here. sedangkan UTM tersebut adalah besar gabak-tak-macam-kotak-minuman-ribena-yang-boleh-diubah-sana-sini. juga, di sini aku mahu buat mou di antara tangan-mata-kaki-mulut-hati-akal-jiwa-perasaan-telinga-hidung dan diri aku sendiri untuk tegar menyisih dan menjauhkan diri dari segala anasir-anasir pelik yang boleh membantu aku terus mengingati beliau. kalau mou ini berjaya, ganjarannya adalah hebat!! tapi itu nanti aku pikirkan kemudian =)

aku juga harapkan yang entry ini akan menjadi yang terakhir tentang beliau untuk dimuatkan di sini. mahu tamatkan semua. moga semua akan riang dan tenang. InsyaAllah =)


notaKaki: hati, mahu ke amsterdam tak?? mata, ke new zealand mahu?? akal, mungkin ke spanyol??

No comments: