Followers
Thursday, July 29, 2010
.sang cinta pertama yang sedang bahagia dan berjaya.
like nana said before~
"ct,bab2 hati ni mmg susah nak pksa.tapi ko bleh.pcayela..pelan2 k.xpyh ingat..xpyh cari..cube la..ak xnk la ko camni smpai ble2.ak pon knai a.og tu cmne.ak rs da smpai mase ko bhnti bhrap n ttup sume2 kisah dlu.klo ko btul bsungguh,ak yakin ko boleh"
see...berjaya jugak saya stabilkan diri bila betul-betul serius gunapakai nasihat cik nana. thanx dear~
sirius berbeza perasaan ni kalau nak banding dengan dulu bila view page dia pagi tadi. rasa macam satu perasaan sangat tak boleh nak explain sebab terlalu lega dan gembira. dah tak eager macam dulu-dulu nak view gambar dia tetiap hari ke hape -_-'' thanx Allah for this strength and pleasure. sangat tenang. gembira. bahagia. selesa. i believe that he can overcome every each obstacle that he might faced in future. lagi pun dia dah jumpa separuh jiwa dia pada si gadis 'syarifah'. konfem hidup dia akan semangat lebey dan saya tak perlu susah hati nak kenang dia ok ke tak dengan hidup dia =)
tahniah cik jaa~ tak sia-sia anda ada si buah hati yang baru kan?? puas hati kan dengan habuan baru?? =) sangat lega dan boleh senyum sampai telinga for everytime~
notaKaki:nanti nak upload gambar si buah hati yg baru lah!! hihik.
Wednesday, July 28, 2010
.si mr. chef.
guess what?? i'm betting with rudy lagi for this unrelevant relationship kot?? kehkehkeh. sirius macam tak logik kalau mr. chef boleh ade perasaan kat kite -_-'' takkan sebab bunga kemboja kot?? mr. chef siap buat statement:
"bunga kemboja boleh pegang jew raha..."
hoh?? takde kaitan langsung kan?? atau takkan lah sebab beliau jadikan bunga kemboja as wallpaper terus boleh kata mr. chef sukakan saya?? sigh -_-'' sengal due-due sempai nih!!
takpe-takpe, nanti kite tunggu dan lihat either hipotesis yang dibuat oleh sempai-sempai boleh dibuktikan benar atau tidak.
notaKaki : kalau betul mr. chef ade hati pada saya, saya akan terima kah?? *_* mungkin saya pengsan beberapa hari dulu kot baru ade keputusan!!
.selfish sungguh cik jaa sebab tu Allah marah.
"perkahwinan bukan satu2 nya punca kebahagiaan
Allah bagi kita sahabat
bagi kita keluarga
bagi kita kerjaya ilmu dan mcam2
mungkin sebab itu rezeki jodoh jadi lambat
takkan kita manusia jadi sempurna dapat semua?
justify tak penerangan kakak ni..kepada kenapa kita TAK DAPAT SEMUA BENDA YANG KITA NAK?"
rasa macam selfish gila sebab tak reti nak bersyukur dengan segala nikmat yang Allah dah bagi. ye, saye memang terlepas pandang sebab saya tak betul-betul bezakan antara kehendak dan keperluan. sobs. saye tak sepatutnya mintak lebih-lebih sebab DIA lebih tahu ape yang saya perlukan buat masa sekarang. macam kakak farah cakap lah kan~ DIA bagi rezeki dalam bentuk yang laen tapi saya selalu tak sedar dan tak pernah rasa cukup dengan apa yang saya ada. my bad. sobs.
tapi sejak akhir-akhir ni saya selalu tersengih memanjang bila fikirkan balik senarai kesyukuran yang patut saya syukuri. sebab terlalu banyak sebenarnya yang DIA dah bagi antara sedar atau tidak. DIA kurniakan perasaan-yang-tak-boleh-ditafsirkan untuk saya rasa terhadap rudy. sebenarnya itu dah lebih dari cukup sebab mungkin sebelum ni saya tak pernah rasa perasaan sebegitu. DIA kurniakan sahabat buat saya untuk menghadapi setiap kebarangkalian but still, i take it for granted. DIA ambil wan tapi DIA gantikan dengan sebuah keluarga-saudara yang sangat besar dan sangat baik hati. DIA bagi saya peluang untuk terus bernafas sebab DIA sayangkan saya dan sebenarnya saya perlu sangat untuk mensyukuri nikmat itu sebab saya masih berpeluang untuk perbaiki setiap yang tak betul pada diri saya.
dan bila saya muhasabah diri, saya akan rasa sangat full of love surrounded me when i'm really thankful. tapi bila saya terlalu mahukan yang tak mampu saya dapat, it will lead me into stressfull mood. haih. jadi, sile selalu bersyukur ye cik jaa walau tak semua benda yang awak nak, awak dapat. oke cik jaa?? =)
dan sebenarnya, DIA akan permudahkan segala urusan bila kita ikhlas dan redha. walau berat dan penat macma mana pun, kegembiraan dan kelegaan tetap akan wujud bila semua selesai. cantik kan perasaan bila kita betul-betul ikhlas?? bila tak merungut, tak membebel, tak berkira, redha dan fikir positif, urusan tu akan jadi sangat seronok dan indah pengakhirannya.
till then, mari terus didik hati untuk cantikkan perasaan anda sehari-hari dengan benar-benar ikhlas dan redha dengan setiap urusan mahupun ujian. merungut boleh, tapi jangan terlalu emo. membebel pun boleh tapi jangan terlalu kuat. insyaAllah, akan ada kemanisan dalam setiap urusan bila kita anggap ia sebagai ibadah dan saham kita di kemudian hari =')
hidup baik-baik semua orang!! and get a life~
notaKaki: mahu terus senyum sampai telinga untuk hari ini, esok dan seterusnya =) harap-harap mr. chef berjaya dalam misi pencarian si bunga di seberang lautan!!
Thursday, July 15, 2010
.segera lah tiba!!.
air mata asyik nak kuar aje!! haish -_-''
tataw the exactly reason for the tears.
tapi penyebab die hanya kerana saya terasa bila kawan saya tak reply msg. nak jadi punca aje lah kan. so, sedih malarat sampai macam baru lepas kena marah ngan walid sebab nak duduk rumah mak ngah time kecik-kecik dulu -_-''
dan sekarang rasa macam hilang mood nak menonton. walau ade rudy!! adeyh ='(
ni mesti kes dah lama tak buat sesi cuci mata. haha. tunggu masa aje nih nak keluarkan segala rasa -ve yang ada dalam hati ni =') lepas dah keluar segala nanti, mesti LEGA tahap boleh melompat tak hengat punya~ hehe.
cepat lah tiba wahai sesi 'cuci mata' =) takde lah saya nak emo tak tentu pasal. sampaikan orang-orang yang tak sepatutnya pon turut kena tempiasnya ='( sorry, my bad.
notaKaki: sile jangan buat muke cekodok ketika menonton nanti ye, cik jaa =)
.kisah meluncur air.
Urm...ingat lagi pada rudy yang saya angaukan sangat-sangat beberapa bulan kebelakang?? Ye, rudy yang satu tu lah!! Takde rudy yang laen~ rudy yang terbayang di mata saat menahan sakit gastrik jam 3 pagi. Iye, dia lah!!
Last sunday our ‘Head’ company organized a family day event and we do support those event – main air di Sunway Lagoon!! To be frank, takde lah seronok mana pun sebab aktiviti dengan staf terlalu sikit dan pergaulan pun macam terhad dengan orang-orang yang dikenali saje. Nak mingle around pun macam tak dialu-alukan =’( sobs. Jadi, duduk diam-diam mingle ber7 saje -_-‘’ but, extra sweet here for me because rudy was in those 7 people in line =p it wasn’t my planned to play around with him neither to spent time just two of us but i have no choice. Oke, i lied -_-‘’ I do have choice; there are two option.
i)to just sit and watched people lalu-lalang till they might recognize i am tunggul or
ii)go play with those water-thingy stuff and feel alive =)
But then, i choosed to play. jadi, secara rasionalnya, bila kamu nak bermain mesti perlukan kawan kan?? Oh, kawan saya yang seorang-perempuan-malayu-terakhir itu mungkin kurang suka atau tak selesa nak main air atau takut nak main air.
Jadi, i just have rudy to be my partner – i mean for game time!! Sebab amy-sempai was busy with her child. Seriously, he was so tempted!!oke, i’m melting now. but i can control myself since i’ve set the limit for my feeling towards him =) jadi, rasa angau kini tidak seghairah yang dulu-dulu-saat-perasaan-baru-nak-berputik. Kehkehkeh. plus, takde lah saya nak rasa bersalah sangat bila spent time together sebab saya tawu dia milik sang gadis nun jauh di hujung malaysia =)
Kata ojie bila saya ceritakan perasaan saya;
“maybe ko dah excited dengan orang lain kot”
Maybe. But still, rudy ada tempat tersendiri. Sebab saya sedar saya mungkin hanya mampu angankan dia sahaja. Untuk gapai secara realiti mungkin terlalu tinggi impian itu. Jadi, saya didik hati untuk terima dia sebagai kawan dan jangan ada rasa yang bukan-bukan pada dia since dia dah jumpa separuh jiwa dia yang ada pada si gadis perlis =’)
dan mungkin juga ada hikmah kenapa tuhan aturkan situasi begini~ untuk saya lebih belajar bahawa bukan semua yang kita sayang akan kekal dalam genggaman. Belajar untuk berkorban demi mereka yang saya sayang. Dan terus kuat untuk terus berdiri walau dalam apa jua keadaan sekalipun meski sampai suatu saat saya akan hamburkan air mata hingga rasa lega dalam dada. That’s me. Saya jarang nak mengalir air mata bila stress atau sakit hati atau terasa hati atau marah. Sebab semua tu akan berkumpul jadi satu sampai sesi “cuci mata” tiba ~ selalunya sebulan sekali. Hehehe. owh, time tu saya akan emo tak tentu pasal walau kes sekecik orang nak mintak cekelat saya -_-''
Saya seperti dapat rasakan yang rudy tahu perasaan saya pada dia. Cuma mungkin rudy tak mahu malukan saya, the best way is just pretending like you know nothing. Act naturally like normal friends. Mungkin juga dia nak jaga hati saya. Tak kisah lah apa pun kau punya persepsi, cik jaa. Cuma kadang-kadang cara dia bersembang dan layan saya buat saya bahagia walau hanya dia yang bercerita =)
Kalau lah saya boleh cakap dengan rudy
“no worries. Rasa ini aku akan didik supaya dia tak berbunga mekar sampai aku nanar. Kau jugak tak perlu risau sebab aku tawu had aku untuk rasa perasaan ini pada kau. So, just live this friendship well till the day we need to be separated”
Just IF... i can say those phrases~
Till then, well rest people. Live your life gratefully.
notaKaki 1: kenapa ye hati saya pilih dia yang dah berpunya?? *_*
notaKaki 2: skenapa saya teringin nak pegang parut eksiden kat kepala rudy?? -_-‘’ ok, this is nut!!
Tuesday, July 13, 2010
.salam kasih, wan.
date : 5th july 2010
extrainfo : clueless
terjaga pagi tu bile mama call tapi tak angkat. then time iron baju my housemate cakap mama pesan suh call balik. urgent. hati dah tak sedap since dapat call mama pagi tuh. macam agak pelik sebab mama jarang call awal-awal pagi macam tu. takkan nak tanya pasal skirt yang die pesan kot?? then bila call mama balik :
"wan meninggal sebelum subuh tadi"
"...................."
"kak long kene balik ke??" - sumpah bodoh punya soalan. tapi itu yang terkeluar
"plan dengan along.die pun nak balik"
serious, rasa macam separuh tenaga hilang. lapar tapi takde selera. letih sangat-sangat. tataw nak describe macam mana rasa tu. sayo cakap saya macam bad mood aje semalam. tak perasan sebenarnya yang saya moody tapi memang rasa macam takde nafsu langsung nak bejalan-shopping-makan ke hape. plus, rasa letih sangat-sangat walau dah cover tido. takde air mata yang saya benarkan untuk jatuh sepanjang hari tu. too fragile inside, tapi saya tetap sengih. dan saya siap pesan jangan sembang sedih-sedih sebab nanti air mata akan keluar tanpa henti. even sampai umah wan tengahari tu saya elakkan untuk tengok atau jumpa tok secara kerap sebab tok memang mata dah merah-sembab-sedu segala. saje saya dok lari-lari cari sedara-mara bukak topik yang gembira sikit. hipokrit lah kalau kata tak sedih. yang pergi tu wan saya. satu-satunya wan yang saya ada since i was born. satu-satunya wan yang akan sentiasa pesan...
"bawak (kereta) tu jangan deghaih(deras/laju) sangat. 60 pon dah ok"
"semayang jangan tinggai. hang kerja elok-elok"
"belajaq sungguh-sungguh. mak ngan ayah hang dah keluaq banyak duit kat hangpa"
"cakap assalamualaikum laa..ni dok sebut bye bye pasai apa??"
"mai la ambik durian kat rumah ni. bawak bagi kat mak hang bagi-bagi sorang sikit"
"wan tak larat nak pi jalan jauh-jauh dah la ni" - bile saya ajak die datang USM.
"esok ang tolong bawak wan pi klinik"
"duet raya hangpa aku dah bagi kat mak hang. pi mintak kat dia. sorang 50 cukup la"
and the list go on......
until now, saya masih hidup dalam kepura-puraan. berlakon kuat. tolong lah ya Allah, jangan ambil lagi mereka-mereka yang saya kasih. biar lah hati ini benar-benar kuat untuk menerima qada' dan qadar mu. ameen.
notaKaki: gila lama amek masa nak post. takmo cerita lebeyh-lebeyh. berjurai air mata dah ni ='(
.kisah kasih & sayang.
lama sungguh sisihkan diari yang satu ni -_-'' bukan ape, selalu aje ade priority lain mendahului blog ni. kasihan kamu ncik blog ='( tapi takpe, kite tetap tak lupa kamu lah!! >_<
kalau imbas-imbas balik, banyak benda yang jadi dua tiga minggu kebelakangan ni. kira banyak pengajaran yang dapat lah kan~ tapi still, rasa macam tak cukup menghargai kesempatan tu ='(
#1 shawal birthday bash
venue : 1 station cafe, sunway
date : 3rd july 2010
extra info : german vs argentina
sebulan lebih si wifey shawal (elis) merancang untuk this birthday bash. frankly speaking, tak kenal sangat wifey shawal tu sebab dulu kire kitorang tak geng ngan die walaupun sekolah dalam satu daerah yang sama. yelah, time tu si shawal ni kasanova lebeyh. saket plak hati kitorang bile die flirt dengan si elis dalam pada masa yang sama duk kapel ngan enion. owh, time tuh si elis sekolah laen. shawal, saya ngan enion satu sekolah lah~ tapi sebab si shawal nih dulu atlit sekolah, die selalu lah keluar sekolah. time tu lah kot die jumpe si elis dan terlupa plak kat si enion. tapi, saya memang tak bape nak ingat how come elis and shawal can get along together till now =p
btw, birthday bash ari tuh memang terbaek lah kan even though si enion tak dapek nak join. agak kecewa la tapi layan kan aje lah kot since enion tak dapat permit tak hangout together ='( but still worth it because after setel german-argentina match, kitorang terus gerak ke shah alam to culik enion!! itu memang gamble punya culik lah kan sebab nama pon menculik. but she assured that she will setle it with 'arapaima' by her way. so, we went to i-city for some photoshoot sebab hujan dah mula turun time tuh -_-'' gambar memang tak banyak but the value of time worth it more =') then, sambung melepak kat mapley mane ntah since mapley area pak li kopitiam dah penuh~ merapu lagi sambil tengok Spain-Uruguay (padahal azemay sorang jer yang fokus abes sebab die aje kipas-susah-mati spanyol) until shawal and the wifey mintak diri nak balik sebab mereka ade rumah tangga yang perlu diambil berat!! hehe.
finally, sampai aje area rumah ojee tetibe dengar org tengah mandi. sayo cakap :
"ape laa mandi lewat malam"
"kejadah nye lewat malam. dah pukul 5 kot!!"
*lepas tu memang aku bantai tido tak hengat. bangun breakfast,pastu sambung tido sebab hujan lebat-sejuk (alasan) sampai pukul 2!! amek kau!!
#2 membeli-belah bersama pasangan.
venue : mid valley
date : 4th july 2010
extrainfo : syapik yg rancang tapi die yang takdek -_-''
ye, bersama pasangan except me sebab jijie balik awal. saje nak sabotaj aku la tuh!!haish. sangat lah blurr sebab memang takde motif nak membeli-belah pon-sebenarnye teruja nak beli kura-kura dekat pet wonderland tapi ojie tak kasik sebab mahal.terus takde mood nk beli dan belah -_-'' ceh.alasan aje cik jaa nih sebab lepas peoih berjaya mempengaruhi kitorang untuk buat metrojaya card, terus aku semangat lebeyh beli dan belah!! haha.
#3 kisah sedih sebab dia takkan kembali lagi - entry khas di lain post sebab mata asyik panas je!!
**sampai sini dulu ye. kisah maen air dengan rudy di sunway lagoon menyusul selepas ini =p