Followers

Tuesday, August 10, 2010

.chill for a while.

jangan tunggu sampai saya ;
  • putus asa
  • give up
  • bosan
  • tade perasaan
  • kosong hati
kalau time tu cakap, saya mungkin dah ke holland~ bercuti sambil rawat hati. walaupun kadang-kadang mulut saya cakap tak nak, hati tetap berlawanan. mungkin sebab bukan jenis yang boleh straightforward. sue me for this weaknesses -.-''

sebab bila saya dah tak rasa apa-apa, you should afraid enough. saya mungkin takkan buat apa-apa untuk get back, fight back or pull myself too hard to turn around and pick my heart pieces. jadi, saat itu kalau ada yang membebel pada saya pun tentu-tentu saket hati sebab bebelan tu akan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

saya tetap manusia normal yang punya tahap kesabaran tak cukup tinggi, tahap tabah hati yang cukup-cukup makan, tahap bertenang yang mudah goyah dan tahap hipokrit yang sedang-sedang. jadi, saya akan cuba untuk menghargai sebaik mungkin setiap apa dan siapa yang hadir dalam hidup saya. jangan sampai saya tak respon apa-apa bila ditegur atau dibebel. itu aura frust yang sangat-sangat lah tak mahu ditunjukkan pada orang ramai -.-''

Wednesday, August 4, 2010

.haih.

pheww... semalam adalah hari kurang perasaan. saya sendiri pun tak faham kenapa jadi macam tu. dan semalam juga ade yang meluah rasa. tapi, saya rasa kosong. takde perasaan langsung nak respon secara serius atau fikir betul-betul. tataw la pasai pe. mungkin salah satu faktor penyebab - saya dah pun letakkan had perasaan antara saya dan dia. kalau satu masa dulu saya pernah rasa mahukan dia lebih dari seorang kawan, tapi sekarang perasaan tu dah hilang. terbang entah ke mana. salah saya kah kalau perasaan tu dah tiada??

bak kata raha sempai - "perasaan tu boleh dipupuk"

boleh dipupuk ke?? kalau tanya hati saya sekarang, memang takde jawapan. sebab mungkin juga saya dah hadkan perasaan tu hanya sebagai kawan~ mungkin juga sebab saya kecewa dengan sikap dia. dan mungkin jugak dah bosan dengar alasan yang sangat lame setiap kali isu yang sama ditimbulkan. haih. saya TAK NAK fikir tentang hal ni buat masa sekarang. nak biar masa dan takdir saja yang tentukan. boleh begitu??

Monday, August 2, 2010

.sile berusaha ye!!.

susahkan bila anda terpaksa masuk dalam kelompok keluarga yang kurang menyenangi penyertaan anda ='( bukanlah jadi pada saya tapi pada saudara sebelah mama. kalau dilihat dari luaran, memang semua nampak bersetuju dengan perkahwinan tersebut tapi sebenarnya masih ada aura tak puas hati yang dalam diam membakar amarah. jadi, kadangkala mulut lancar menuturkan perkara yang bisa merobek hati kecil seorang perempuan yang selayaknya diangkat martabat beliau sebagai ibu - walau bukan ibu secara biologinya.

bukan perkara mudah sebenarnya bila berkahwin. anda berkahwin dengan keseluruhan ahli keluarga tersebut termasuk lah sanak-saudara yang wujud. jadi, anda pelu bersedia untuk sama ada diterima secara keseluruhannya atau diterima hanya atas kertas sahaja. perlu juga untuk bersedia dikritik hebat tatkala berkumpul ramai-ramai. juga perlu kuatkan hati untuk menahan sindiran yang datang secara langsung atau tidak. ouh, tak lupa juga anda perlu pakai topeng yang tidak berperasaan supaya tak nampak sangat lah yang anda panas hati bila disindir atau diperli -.-''

saya harap, saya takkan tempuh ujian sehebat yang itu sebab saya tak cukup kuat hati nak menahan perit sindiran dan perlian mereka yang selayaknya digelar ahli keluarga. harap-harap si ibu tua di kampung tu dapat bertahan hingga hujung usia...ameen =)


notaKaki:saya masih senyum sampai ke telinga =')

Thursday, July 29, 2010

.sang cinta pertama yang sedang bahagia dan berjaya.

he lives well. boleh nampak dari raut wajah. i'm happy for him. for his destiny and journey. banyak perkara yang lebih baik saya dapat sebenarnya bila saya lepaskan dia dalam erti kata yang sebenar. macam tak percaya pulak saya berjaya untuk tidak mempedulikan dia untuk satu jangka masa yang panjang. kalau sebelum nih bila review his page, rasa macam tak puas hati dan rasa macam curious gila nak tawu semua pasal dia. macam nak jugak tunjuk yang i'm still fall for him. nak jugak tunjuk yang saya still care for him. still ingatkan dia dan masih mahukan dia.

like nana said before~

"ct,bab2 hati ni mmg susah nak pksa.tapi ko bleh.pcayela..pelan2 k.xpyh ingat..xpyh cari..cube la..ak xnk la ko camni smpai ble2.ak pon knai a.og tu cmne.ak rs da smpai mase ko bhnti bhrap n ttup sume2 kisah dlu.klo ko btul bsungguh,ak yakin ko boleh"


see...berjaya jugak saya stabilkan diri bila betul-betul serius gunapakai nasihat cik nana. thanx dear~

sirius berbeza perasaan ni kalau nak banding dengan dulu bila view page dia pagi tadi. rasa macam satu perasaan sangat tak boleh nak explain sebab terlalu lega dan gembira. dah tak eager macam dulu-dulu nak view gambar dia tetiap hari ke hape -_-'' thanx Allah for this strength and pleasure. sangat tenang. gembira. bahagia. selesa. i believe that he can overcome every each obstacle that he might faced in future. lagi pun dia dah jumpa separuh jiwa dia pada si gadis 'syarifah'. konfem hidup dia akan semangat lebey dan saya tak perlu susah hati nak kenang dia ok ke tak dengan hidup dia =)

tahniah cik jaa~ tak sia-sia anda ada si buah hati yang baru kan?? puas hati kan dengan habuan baru?? =) sangat lega dan boleh senyum sampai telinga for everytime~


notaKaki:nanti nak upload gambar si buah hati yg baru lah!! hihik.

Wednesday, July 28, 2010

.si mr. chef.

apa yang saya rasa terhadap mr. chef?? nothing much lah. awal-awal dulu mungkin ade terdetik sikit. sikit lah. tak banyak. sikit sangat-sangat. dan rasa tu terus hilang macam tu aje. maybe sebab kitorang jarang bersua ke hape. tapi bila sekarang, si sempai-sempai timbulkan isu nih baru teringat balik. try jugak review-review perasaan yang sebelum nih tapi still rasa macam takde ape sangat sebab rasa macam tak relevan kot. haha.

guess what?? i'm betting with rudy lagi for this unrelevant relationship kot?? kehkehkeh. sirius macam tak logik kalau mr. chef boleh ade perasaan kat kite -_-'' takkan sebab bunga kemboja kot?? mr. chef siap buat statement:

"bunga kemboja boleh pegang jew raha..."

hoh?? takde kaitan langsung kan?? atau takkan lah sebab beliau jadikan bunga kemboja as wallpaper terus boleh kata mr. chef sukakan saya?? sigh -_-'' sengal due-due sempai nih!!

takpe-takpe, nanti kite tunggu dan lihat either hipotesis yang dibuat oleh sempai-sempai boleh dibuktikan benar atau tidak.


notaKaki : kalau betul mr. chef ade hati pada saya, saya akan terima kah?? *_* mungkin saya pengsan beberapa hari dulu kot baru ade keputusan!!

.selfish sungguh cik jaa sebab tu Allah marah.

lately ni terngiang-ngiang comment that posted by kakak farah ;

"perkahwinan bukan satu2 nya punca kebahagiaan
Allah bagi kita sahabat
bagi kita keluarga
bagi kita kerjaya ilmu dan mcam2
mungkin sebab itu rezeki jodoh jadi lambat
takkan kita manusia jadi sempurna dapat semua?
justify tak penerangan kakak ni..kepada kenapa kita TAK DAPAT SEMUA BENDA YANG KITA NAK?"

rasa macam selfish gila sebab tak reti nak bersyukur dengan segala nikmat yang Allah dah bagi. ye, saye memang terlepas pandang sebab saya tak betul-betul bezakan antara kehendak dan keperluan. sobs. saye tak sepatutnya mintak lebih-lebih sebab DIA lebih tahu ape yang saya perlukan buat masa sekarang. macam kakak farah cakap lah kan~ DIA bagi rezeki dalam bentuk yang laen tapi saya selalu tak sedar dan tak pernah rasa cukup dengan apa yang saya ada. my bad. sobs.

tapi sejak akhir-akhir ni saya selalu tersengih memanjang bila fikirkan balik senarai kesyukuran yang patut saya syukuri. sebab terlalu banyak sebenarnya yang DIA dah bagi antara sedar atau tidak. DIA kurniakan perasaan-yang-tak-boleh-ditafsirkan untuk saya rasa terhadap rudy. sebenarnya itu dah lebih dari cukup sebab mungkin sebelum ni saya tak pernah rasa perasaan sebegitu. DIA kurniakan sahabat buat saya untuk menghadapi setiap kebarangkalian but still, i take it for granted. DIA ambil wan tapi DIA gantikan dengan sebuah keluarga-saudara yang sangat besar dan sangat baik hati. DIA bagi saya peluang untuk terus bernafas sebab DIA sayangkan saya dan sebenarnya saya perlu sangat untuk mensyukuri nikmat itu sebab saya masih berpeluang untuk perbaiki setiap yang tak betul pada diri saya.

dan bila saya muhasabah diri, saya akan rasa sangat full of love surrounded me when i'm really thankful. tapi bila saya terlalu mahukan yang tak mampu saya dapat, it will lead me into stressfull mood. haih. jadi, sile selalu bersyukur ye cik jaa walau tak semua benda yang awak nak, awak dapat. oke cik jaa?? =)

dan sebenarnya, DIA akan permudahkan segala urusan bila kita ikhlas dan redha. walau berat dan penat macma mana pun, kegembiraan dan kelegaan tetap akan wujud bila semua selesai. cantik kan perasaan bila kita betul-betul ikhlas?? bila tak merungut, tak membebel, tak berkira, redha dan fikir positif, urusan tu akan jadi sangat seronok dan indah pengakhirannya.

till then, mari terus didik hati untuk cantikkan perasaan anda sehari-hari dengan benar-benar ikhlas dan redha dengan setiap urusan mahupun ujian. merungut boleh, tapi jangan terlalu emo. membebel pun boleh tapi jangan terlalu kuat. insyaAllah, akan ada kemanisan dalam setiap urusan bila kita anggap ia sebagai ibadah dan saham kita di kemudian hari =')

hidup baik-baik semua orang!! and get a life~


notaKaki: mahu terus senyum sampai telinga untuk hari ini, esok dan seterusnya =) harap-harap mr. chef berjaya dalam misi pencarian si bunga di seberang lautan!!

Thursday, July 15, 2010

.segera lah tiba!!.

oke, malam tadi asyik rasa emo bagai~
air mata asyik nak kuar aje!! haish -_-''
tataw the exactly reason for the tears.
tapi penyebab die hanya kerana saya terasa bila kawan saya tak reply msg. nak jadi punca aje lah kan. so, sedih malarat sampai macam baru lepas kena marah ngan walid sebab nak duduk rumah mak ngah time kecik-kecik dulu -_-''

dan sekarang rasa macam hilang mood nak menonton. walau ade rudy!! adeyh ='(
ni mesti kes dah lama tak buat sesi cuci mata. haha. tunggu masa aje nih nak keluarkan segala rasa -ve yang ada dalam hati ni =') lepas dah keluar segala nanti, mesti LEGA tahap boleh melompat tak hengat punya~ hehe.

cepat lah tiba wahai sesi 'cuci mata' =) takde lah saya nak emo tak tentu pasal. sampaikan orang-orang yang tak sepatutnya pon turut kena tempiasnya ='( sorry, my bad.


notaKaki: sile jangan buat muke cekodok ketika menonton nanti ye, cik jaa =)