Followers

Thursday, March 5, 2009

.ku menunggu.

Ku begini sperti selalu,
Membilang waktu berlalu,
Entah berapa lama aku tak sedarinya,
Berapa lama harus menunggu….

Aku mimpikan suram cahaya,
Bertukar cahaya indah,
Semoga tiba hari bersinar ruang hati,
Menyuluh arah jalan kembali……

Kutunggu angin perubahan,
Barat utara timur selatan,
Meniti doa malam dan siang,
Teranyamnya semula ikatan,
Sayang semuanya hanyalah mimpi,
Kenyataannya langit dan bumi,
Aku di sini engkau di sana,
Sayup jauh terpisah,
Entahkan kerana sayangku,
Ataupun kerana sabarku,
Kumenunggu……………..

Air mata dan senyuman,
Antara mimpi dan harapan,
Adalah rindu semilu,
Menghiris kalbu…

Yang terlalu menyayangi,
Diakhirnya terkorban diri,
Menyedari itu aku putuskan,
Pasrah segala pada tuhan……

Masih lagi seperti selalu,
Membilang waktu berlalu,
Semoga tiba hari bersinar ruang hati,
Menyuluh arah jalan….
kembali…….

No comments: