Followers

Wednesday, March 4, 2009

.sireh pulang ke gagang.

warning : ini kesah di blog yg da bersawang.i amek and edit sket plus update mn2 yg ptt.tp still mengekalkan momen die.aha.mlm ini mlm mengenang semula.walaupon esok i nak ke kL and report & esaimen ade yg berterabur lg,i do enjoy doing this.rs relief sket.huhu.

>berakhirnya perjuangan 9903<

3 tahun berlalu x pernah mengubah perasaan ini untuk terus-terusan menyanjung bumi lambor kiri yg banyak membantu diri ini bertatih mencapai masa depan.meski ia tidak segah SERATAS,MCKK,STAR mahupun SMKASAS…ia tetap tegar memberi ilmu dan meladeni anak murid yang senantiasa kehausan ilmu…benarlah seperti kata ramai org ‘belajar di mana-mana tetap sama,yg berbeza hanya takat kesungguhan!’ (tp sbenarnya suasana pembelajaran tu mempengaruhi level of desire)
5 tahun menjadi warga tetap SMK LAMBOR KIRI yg sentiasa kekurangan dr segala aspek,byk mengajar diri ini utk tegar berdiri meski sesukar mana pun situasi tersebut.bumi lambor mengajar kami untuk sentiasa tegar dlm setiap situasi!!meski kami sentiasa dlm kekurangan infrastruktur,namun semangat dan kegigihan yg ditunjukkan oleh sir, kak ida, cikgu mie, cikgu su, ibu, abang sab, cikgu ina dan senior2 kami sentiasa menjadi pmbakar semangat utk terus-terusan mengharumkan nama sekolah…kerana kesabaran dan kekuatan jiwa inilah kami mampu mengharungi semua kepayahan tersebut…ramai yg memandang rendah terhadap kami.sangka mereka kami x mampu mencabar mereka??silap tu…silap besar…bermula thn 98 lagi senior2 cuba utk meletakkan LAMBOR KIRI sebaris dgn KASAS,SMIS dan SULTAN MUHAMAD…namun tatkala kumpulan nasyid kami mengugguli pertandingan,kami tidak mampu utk ke peringkat negeri berikutan daripada beberapa perkara yg tidak mungkin dielakkan…

pasukan dikir barat sekolah adalah satu-satunya kebanggaan LAMBOR KIRI selain pasukan nasyid dan bola jaring…berikutan kos yg sering tidak mencukupi utk menampung kepelbagaian perbelanjaan yg diperlukan,masih ada tangan2 yg sanggup mengeluarkan wang sendiri demi kepentingan sekolah…terima kasih abang, cikgu mie….

terima kasih juga buat ibu dan kak ida yg sanggup memperjuangkan pasukan nasyid sekolah dan terus-terusan membangkitkan semangat disaat kami hampir berputus asa bila mana sering tewas dengan musuh tradisi kami iaitu SMKASAS…mana tidaknya apabila kami seringkali tewas dgn mereka hanya kerana perbezaan 1 mata…di awal zaman pembabitanku,tanggapan kami mungkin sudah bukan rezeki kami…namun bila 3x ia tetap berulang,kami sedar…itu mungkin salah satu daripada tindakan hakim untuk tidak memperjudikan kumpulan nasyid wanita diperingkat yg lebih tinggi.namun mereka silap…tahun 2002 memberi seribu erti dan kenangan yg sgt manis.Ini berikutan kejayaan kami untuk meletakkan diri kami ditempat ketiga nasyid peringkat negeri…Di sini kami bertembung dgn SMKASAS kerana kelayakan kami ke peringkat negeri kali ini adalah melalui saluran GERKORAMA yg mana LAMBOR KIRI dan SMKASAS diletakkan dlm kumpulan yg berbeza…Dewan besar GRIK menjadi saksi bahawa kami bukanlah selemah yg disangka oleh sesetengah pihak…tatkala SMK SERI PERAK diumum sebagai johan dan KASRI sebagai naib johan,kami merasakan yg peluang kami sangat tipis dan berpendapat sistem penghakiman masih seperti selalu…namun setelah diumumkan,kami agak terkaku kerana kami yg menang dan bukan lagi SMKASAS…yg lebih mengharukan ialah dua kumpulan nasyid yg memperolehi johan dan naib johan adalah kumpulan nasyid lelaki!!terima kasih tuhan…akhirnya impian kami tercapai setelah mengharungi lebih daripada 6 pertandingan nasyid selama 4 thn menceburi bidang ini…bukan utk berbangga..tetapi ianya lebih kepada perasaan puas kerana berjaya mengubah persepsi masyarakat disekeliling kami…

rindunya pada kenangan malam akhir persiapan utk menghadapi pertandingan…tido awal…iron baju…tolong bebudak dikir barat…tlg abang cat gong walaupon abang slalu mrh n kate ktorg sebok2…heheh…rindu nyer nk maen ibu n anak ngan marakas walaupon ktorg x reti maen!!cikgu mie kate mcm gendang org mati =( abg abul kate,xder bakat langsung!!waa…wat reheasel utk the last b4 perform yg sebenar…ktorg suke jer cam malu nk perform sbb bebdk dikir barat slalu jht…kritikan x membina langsung..huh!!cantikkan lagi kompang yg sememangnyer tak setanding dgn ‘congga’ dan laen2 alatan muzik yg lebih canggih…pernah juga kami suarakan utk membeli alatan baru tapi kak ida ckp "perempuan nampak x sopan main ‘congga’ "tanpa dewan yg sebesar KASAS,kami mampu utk menghilangkan rasa gugup…we did it guys!!we did it!!

kami x pasti apakah kami telah membanggakan dan menggembirakan hati semua pihak..yg pastinya kami puas dan gembira dengan setiap yg telah kami lakukan…Meski x byk kebanggan dan kegembiraan yg kami beri,kami pasti bahawa ramai pihak mampu tersenyum dgn kejayan2 yg telah kami capai….bukan sahaja dibidang ko-K malah akademik turut membanggakan…tidak ramai yg menaruh harapan,malah lebih kepada menekan kami…sgt2 tertekan kerana disaat kami perlukan dorongan,ia selalu saja disapa angin lalu…perit nya hanya tuhan yg tahu!!namun,kerana cacian dan kata2 sinis mereka lah kami mampu berdiri hingga sekarang…terima kasih cikgu2 yg pernah buat kami seperti student yg bodoh sangat!!tindakan kalian punyai hikmah yg sgt beerti buat kami!!

saat ini kesedaran itu datang..kerinduan itu turut sarat…sarat dengan pelbagai kenangan dan kemahuan!!manis nye momen di bumi lambor tetap dalam ingatan…saat usia menginjak dewasa,LAMBOR banyak menyaksikan kemampuan,susah payah,kesungguhan dan keakraban kami…rindunya pada saat lampau….guru dan pelajar ibarat teman..ibarat keluarga kedua!!namun,masa berubah dan situasi turut berubah…hubungan guru dan pelajar kini tidak lagi seperti dulu..tapi,terima kasih cikgu…kerana kamu semua,kami di sini kini…

pay-oih >> PUO (civil engin)
may >> kerja sudah (FELDA??FELCRA soon??)
syawal >> kerja sudah.kawen pun sudah. (german-company-yg-aku-tataw-pe-nm-die)
fikri >> KUKUM
afis >> UPSI
amat >> UNIMAS (environment)
pejoy >> kerja sudah.x sure company pe.
is >> kerja sudah.kilang kat ipoh.
sharul >> UiTM shah alam-degree plak. (industrial design)
sheki >> nagoya university (maintenance)
nyit2 me >> kerja sudah.bertunang pun sudah.
syafiq >> cikgu sandaran terhormat.
nuar >> kerja sudah.
dan >> kerja sudah.
huzai >> UiTM shah alam-degree plak. (binaan bangunan)
huda >> UM (medic)
selly >> UTHM-degree plak. (civil engin)
ojie >> USM (pengurusan)
ainon >> UiTM shah alam-degree. (math management)
eila >>Uitm shah alam-degree. (math management)
gg >> USM (pengurusan)
anis >> UPSI (kimia) - practicalkat pahang
syafikah >> UPM
dayah >> USM (pengurusan)
fatiha >> kerja sudah-GAMUDA.
usna >> UNIMAS (pemasaran)
zarina >> UM
muzamil >> kastam.
salma >> kerja sudah-UPSI.
khairil johari >>kerja sudah.
nisyam >> kerja sudah.
juma aini >> UMS
jamilah >> UiTM shah alam

*yg laen nnt lew pulak…tetibe jer ngantuks…
saye rindu sir,kak ida,ibu,cikgu ina,cikgu sam,cikgu su,cikgu musa,cikgu kamil,aban sab,senior2….

No comments: